Pemimpin Afrika Itu
Berkaki Pincang
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda keluarnya
al-Mahdi ialah keluarnya panji-panji dari Barat (Afrika), yang mana
di tengah-tengah
panji-panji itu terdapat seorang lelaki Kindah yang kakinya pincang.”
Jelasnya lelaki Kindah
yang dimaksudkan dalam ucapan ini bukanlah orang yang sama yang
diperkatakan oleh asar
sebelum ini. Oleh itu, ucapan ini dengan ucapan yang sebelumnya sebenarnya
tidak mempunyai sebarang
kaitan dan tidak mendukung maksud yang sama. Hal ini perlu
diperhatikan benar-benar
agar kita tidak tersalah faham akan maksud sebenar kedua-dua ucapan ini.
Dan untuk lebih
memahaminya lihatlah uraian yang diberikan di bawah ini baik-baik dan
perhatikan
perbedaan yang
dimaksudkan itu.
Lelaki Kindah yang
dimaksudkan adalah pemimpin yang datang dari suatu kawasan di utara
Arab iaitu yang berasal
dari Eropah. Barat yang dimaksudkan adalah Amerika Syarikat karena negara
tersebut terletak di
barat Afrika dan bukannya di Afrika Barat seperti yang sedia dimaklumi oleh
ramai orang sebelum ini.
Apabila Amerika Syarikat berkuasa di seluruh dunia, maka itulah tanda
sangat hampir kemunculan
Imam Mahdi.
Menurut sejarah, Amerika
Syarikat mula naik bintangnya selepas Perang Dunia Kedua, 1946
karena mereka berjaya
menjatuh dan meletupkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun,
yang menjadi sebab segera
Jepun dan negara-negara sekutunya meletak senjata. Mulai dari saat itulah,
nama Amerika Syarikat
segera menjadi masyhur dan seluruh dunia tertumpu ke negara itu dalam
hampir semua urusan
dunia. Hal ini berlaku hinggalah ke hari ini.
Kini, setelah lebih
setengah abad Amerika Syarikat berleluasa di seluruh dunia, telah banyak
kepincangan yang
dilakukannya, dan banyak pula kepincangan dalaman di negara berkenaan. Bukan
saja rakyatnya pincang
sosial mereka, malah pemimpin-pemimpin mereka dan sistem Barat yang
diterajunya pun turut
pincang. Itulah kepincangan yang dimaksudkan oleh ungkapan tabiin itu.
Pincang di sini bukanlah
kaki zahirnya, tetapi kaki batinnya juga. Maka zahir dan batinnya adalah
pincang, sedangkan dalam
keadaan pincang itulah mereka mengaku dirinya sebagai polis dunia. Maka
jadilah mereka sebagai
polis yang pincang zahir dan batin.
32. Tanda-tanda Munculnya
Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda munculnya
al-Mahdi adalah pupusnya kepemimpinan Bani Abbas, para pemegang
bendera menambatkan kuda-kuda
pada pohon zaitun, runtuhnya pemerintahan Bani Jaafar dan
Bani Abbas, as-Sufyani
duduk di atas mimbar Damsyik dan pasukan Barbar menyerang pusat
kota di Syam.”
B. Al-Walid bin Muslim RH
berkata,
“Al-Mahdi tidak akan
muncul sehinggalah As-Sufyani berkuasa.”
Ucapan ini menjelaskan
lagi tanda-tanda bahwa Imam Mahdi akan muncul ke dunia ini.
Antara tanda yang
disebutkan ialah terhapusnya sistem pemerintahan secara berkhalifah dari dunia
Islam. Bani Abbas yang
dimaksudkan adalah sistem berkhalifah yang telah digunakan oleh negara
Islam sejak dari zaman
Khalifah Abu Bakar RA sehinggalah kepada pemerintah terakhir dari Daulat
Osmaniyah di Turki pada
tahun 1924 dahulu. Kepupusan sistem pemerintahan ini sebenarnya adalah
tanda bahwa Imam Mahdi
akan segera muncul.
Tanda lain yang
disebutkan adalah berlalunya masa keamanan bagi umat Islam daripada
peperangan. Ini berlaku
karena semangat jihad telah mati dari dalam diri umat Islam sehingga mereka
enggan lagi berperang
melawan musuh. Tanda lain ialah Amerika Syarikat menguasai seluruh dunia,
baik timur mahupun barat
dan pasukan tentara yang ganas menyerang umat Islam. Ini berlaku di
Eropah Timur seperti di
negari-negeri bekas jajahan Yugoslavia, yang dimulai oleh pengganas Serb.
Itulah pasukan Barbar
yang dimaksudkan.
33. Dua Tanda Besar
Sebelum Imam Mahdi Muncul
A. Kata Muhammad bin Ali
al-Hanafiah RH,
“Bagi al-Mahdi ada dua
tanda (yang bakal berlaku) yang mana kedua-dua tanda ini belum
pernah berlaku kepada
sesiapa pun sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Dua perkara itu
ialah bulan yang
memancarkan cahaya merah pada awal bulan Ramadan dan matahari (pula)
memancarkan cahaya merah
pada pertengahan bulan Ramadan (bulan yang sama).”
Ucapan ini menambah dua
tanda lagi bagi menunjukkan bahwa Imam Mahdi akan segera
muncul ke dunia ini iaitu
bulan yang memancarkan cahaya merah (gerhana bulan) pada awal bulan
Ramadan dan matahari pula
akan memancarkan cahaya merah (gerhana matahari) pada pertengahan
bulan Ramadan iaitu dalam
bulan yang sama. Sama ada tanda-tanda ini akan benar-benar berlaku atau
tidak, tidaklah penting
sangat, sebab yang lebih pentingnya bagi sekalian umat Islam adalah
kemunculan peribadi yang
bergelar Imam Mahdi itu sendiri. Itulah yang paling penting bagi kita
semua daripada sekalian
yang lain. Namun, apa yang diucapkan oleh Imam Muhammad bin Ali Al-
Hanafiah RA ini
insya-Allah akan berlaku juga pada suatu hari nanti.
34. Berlaku Dua Kali
Gerhana Bulan
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum al-Mahdi muncul,
akan terjadi gerhana bulan sebanyak dua kali dalam bulan
Ramadan.”
Imam Mahdi akan muncul
setelah terjadi gerhana bulan yang dikatakan akan berlaku
sebanyak dua kali pada
bulan Ramadan yang mulia. Hal ini amatlah pelik, karena fenomena seperti ini
memang jarang sekali
berlaku dan merupakan suatu kejadian yang tidak pernah dijangkakan oleh
sesiapa pun sebelum
berlakunya.
Apabila kejadian ini
benar-benar berlaku, dua keadaan yang jauh bertentangan akan berlaku.
Yang pertama ialah akan
gemparlah seluruh dunia karena dengan berlakunya peristiwa ini, Imam
Mahdi sudah benar-benar
akan muncul dan memerintah seluruh dunia ini. Yang kedua ialah kejadian
ini tidak diketahui oleh
ramai orang melainkan sedikit saja yang mengetahuinya. Yang mendengar
berita itu pula tidak
percaya kepada perkhabaran yang penyaksi itu sampaikan. Maka apabila Imam
Mahdi benar-benar muncul,
barulah mereka terkejut besar.
35. Lagi Tanda-tanda
Khusus Kemunculannya
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan muncul
dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji
Rasulullah SAW. Baju besi
dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan
bercahaya. Jika
mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang
panjang, mengajak manusia
seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan
diserahkan kepadanya,
(tentara) Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji
Hitam dikirimkan
kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh
penjuru alam.”
Selepas dibaiat oleh
orang ramai dan para pembantu kanannya, Imam Mahdi akan masuk
semula ke dalam rumahnya
dan keluar semula untuk menunaikan sembahyang Isyak secara berjemaah
dengan orang ramai di
Masjidil Haram. Selepas menunaikan sembahyang Isyak itu, Imam Mahdi akan
berkhutbah dan khutbahnya
ini membawa bersama-sama penghidup roh bagi sekalian umat Islam
yang telah lama mati.
Juga membawa keberkatan yang telah lama hilang dari dalam hidup manusia.
Seterusnya semua askarnya
yang berada di tempat-tempat yang jauh akan segera mendatanginya di
Masjidil Haram lalu
tinggal bersama-sama dengannya selama beberapa waktu sebelum mereka
meneruskan perjalanan ke
Baitulmaqdis.
36. Tanda-tanda Lain
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan
muncul sebelum kamu semua menyaksikan siang menjadi gelap-gelita.”
B. Kata tabiin RH,
“Sebelum munculnya
al-Mahdi, di ufuk sebelah (negara) Timur akan kelihatan bintang berekor
(yang besar) yang
memancarkan cahaya.”
Satu lagi tanda besar
kemunculan Imam Mahdi ialah akan terjadinya keadaan gelap gelita
pada waktu siang dan
malam. Siang yang terang benderang akan diselaputi oleh kegelapan sama ada
oleh jerebu, asap atau
awan yang turun terlalu rendah dan seterusnya menutup pandangan manusia
dan menghalang cahaya
matahari daripada memancar terus ke permukaan bumi. Pada masa itu hanya
tenaga elektrik saja yang
dapat menerangkan hari yang gelap gelita itu dan manusia dapat
meneruskan kegiatan
harian mereka dengan berbantukan cahaya berkenaan.
Satu lagi tanda besar
kemunculan Imam Mahdi adalah munculnya bintang berekor atau
komet yang besar
melintasi ruang angkasa bumi yang kebetulan masa lalunya itu di sebelah Timur
bumi iaitu tidak jauh
dari kawasan tempat tinggalnya Pemuda Bani Tamim. Masa berlakunya tidak
dinyatakan dengan tepat.
Boleh jadi peristiwa itu berlaku sepuluh tahun sebelum Imam Mahdi
muncul dan boleh pula
berlaku berpuluh-puluh tahun sebelum Imam Mahdi muncul. Hal ini amat
mustahak difahami karena
menurut pandangan orang-orang terdahulu, jarak masa sepuluh tahun atau
lebih yang akan berlaku pada akhir zaman akan dianggap sebagai tempoh yang amat dekat,
bukannya
suatu jarak masa yang
jauh atau lama. Tempoh yang lama bagi kita dikatakan sebagai tempoh yang
dekat saja pada perkiraan
mereka itu.
Kenapa terlalu banyak
tanda sebelum Imam Mahdi muncul? Sebenarnya itulah sesuatu yang
menunjukkan bahwa Imam
Mahdi itu adalah seorang yang sangat istimewa pada sisi Allah SWT,
merupakan orang besar-Nya
di bumi ini, merupakan wakil mutlak-Nya untuk mentadbir dunia ini dan
sangat dikasihi oleh-Nya.
Lihatlah semasa Nabi SAW diputerakan ke dunia ini, beberapa peristiwa
aneh berlaku. Maka hal
yang demikian tidaklah mustahil berlaku pula kepada diri Imam Mahdi.
Memang seperti sudah menjadi
Sunnatullah terhadap alam ini, setiap kali Allah hendak utusi seorang
besar-Nya ke dunia ini,
pasti akan disertakan dengan beberapa tanda yang dapat dilihat dan diketahui
dengan jelas oleh
orang-orang yang hidup sezaman dengannya.
Oleh itu, jika kita telah
melihat tanda-tanda yang menunjukkan seorang besar Allah akan
diutuskan tidak lama
lagi, maka insya-Allah kita akan dapat melihat dan menemui orang besar
berkenaan. Hanya kita
mahu percaya atau tidak mahu percaya akan kemunculan orang besar
berkenaan. Atau kita mahu
mengikutnya dengan sepenuh hati atau kita akan menolaknya dengan
sungguh-sungguh. Jika
kita menerimanya, maka kita akan mendapat keamanan daripada-Nya dan jika
menolak, maka kita akan
menanggung kerugian yang amat besar.
Tidak perlulah rasanya
dinyatakan apakah peristiwa aneh yang berlaku semasa Rasulullah
SAW diputerakan ke dunia
ini. Terlalu banyak buku sirah yang menceritakannya, dengan bahasa yang
indah-indah dan penuh
bererti. Kita juga sudah mempelajarinya sejak bangku sekolah rendah lagi
hinggalah ke peringkat
yang setinggi-tingginya. Juga dari buku yang seringkas-ringkasnya sehinggalah
kepada yang
setebal-tebalnya.
37. Tentara yang Ditelan
Bumi
A. Ummu Salamah RA
menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Selepas kemangkatan
seorang amir, akan berlaku pertelingkahan di kalangan penduduk. Ketika
itu seorang penduduk
Madinah akan melarikan diri dan pergi ke Makkah. Ketika di Makkah,
beberapa orang penduduk
akan menghampirinya antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim,
dan mendesak menerima
baiat mereka kepadanya.
Sejurus selepas itu, satu
angkatan yang besar akan datang dari Syam untuk menyerangnya tetapi
ketika mereka sampai di
al-Baidak, yang di antara Makkah dan Madinah, mereka akan
ditelan ke dalam bumi.
Melihatkan peristiwa ini,
puak Abdal dari Syam dan sekumpulan Asoib dari Iraq akan
mendatanginya dan
berbaiat kepadanya. Kemudian seorang lelaki dari suku Quraisy, yang bapa
saudaranya dari Bani Kalb
menghantar satu pasukan tentara untuk menyerang al-Mahdi, dan
cuba menguasainya, dengan
izin dari Allah. Tentara ini adalah dari Bani Kalb. Malangnya dia
tidak menerima apa-apa
perkongsian dengan Kalb. Orang ini (Imam Mahdi) akan memulakan
peperangan selepas
pertempuran itu. Dia akan memimpin orang ramai berdasarkan Sunnah dan
semasa pemerintahannya,
Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dia memerintah selama tujuh
tahun. Al-Mahdi akan
meninggal dunia dan jenazahnya akan disembahyangkan oleh seluruh
umat Islam di serata
dunia.” (Abu Daud)
Lazim pula berlaku pada
hari ini, apabila seseorang pemimpin meninggal dunia maka
penggantinya akan
berebut-rebut mendapatkan jawatan yang ditinggalkan itu. Yang berbeda hanyalah
dari segi cara mereka
berebut untuk mendapatkannya saja. Pada suatu masa dahulu, mungkin
berlaku pertempuran kecil
antara penyokong kedua-dua pihak yang menuntut. Pada hari ini,
perebutan itu tidak
ketara secara zahirnya tetapi lebih kepada secara perang saraf dan pengaruh di
kalangan anggota parti.
Dan inilah yang berlaku kepada seorang pemimpin yang disebutkan
meninggal dunia oleh
hadits.
Maksudnya mungkin
benar-benar pemimpin yang dikatakan itu meninggal dunia, yakni mati
lalu ditanam orang di
dalam kubur. Dan boleh juga bermaksud meletak jawatan atau dijatuhkan oleh
orang dari jawatannya
itu. Dalam keadaan huru-hara itu beberapa orang melarikan diri dari Madinah
ke Makkah, yang di
antaranya adalah bakal Imam Mahdi. Semasa sampai di Makkah, dia segera
dikenali oleh beberapa
orang yang sememangnya sedang mencari ke sana ke mari. Mereka
mendesaknya agar menerima
baiat mereka kepadanya.
Selain dari kumpulan yang
dikatakan itu, datang pula beberapa pasukan lain yang entah dari
mana keluarnya menuju
Imam Mahdi lalu membaiatnya sama. Mereka adalah golongan Wali Abdal,
Wali Nujabak dan Asoib.
Tidak lama selepas berlakunya baiat yang pertama itu, terdengar berita
bahwa sepasukan tentara
yang besar dan kuat sedang dalam perjalanan menuju ke Makkah, setelah
memusnahkan kota Madinah
sehingga hancur lebur. Kedatangan pasukan ini amat menakutkan
seluruh penduduk Makkah
yang ada lalu lari mencari Imam Mahdi untuk mendapatkan perlindungan.
Tetapi kemudian terdengar
pula berita yang mengatakan bahwa pasukan tentara itu sudah ditelan
oleh bumi di suatu tempat
yang tidak berapa jauh dari Makkah.
Tenggelamnya pasukan ini
membawa dua makna besar yang cukup bererti bagi sekalian umat
Islam. Pertama, setiap penentang atau musuh kepada Orang Allah pasti akan kecundang biar
sekuat
manapun mereka dan
selengkap manapun kekuatan dan peralatan perang mereka. Peristiwa
tenggelamnya pasukan
tentara ini adalah sebagai ulangan terhadap peristiwa terbakarnya pasukan
Tentara Bergajah dari
Habsyi yang cuba memerangi Makkah. Kekalahan mereka diabadikan di
dalam Al-Quranul Karim
sendiri seperti yang disebutkan di dalam Surah Al-Fil.
Kedua, tenggelamnya
pasukan tentara ini membawa makna tersirat iaitu Allah SWT akan
menghapuskan setiap
kebatilan bukan dengan kekuatan yang ada pada pasukan Islam, tetapi mereka
ini akan dikalahkan oleh
Allah SWT sendiri, tanpa melalui proses sebab dan akibat. Oleh itu, jika ada
pejuang Islam yang
mendakwa bahwa mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam hasil usaha
mereka, maka sesungguhnya
mereka itu adalah pejuang yang tertipu oleh perjuangan atau hasil usaha
mereka. Sebenarnya tidak
boleh kita mendakwa kitalah yang menjadi sebab kepada tewasnya musuh
Islam karena yang
sebenarnya Allah SWT sendirilah yang mengalahkan mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar