Wanita merupakan ciptaan allah yang memberikan sokongan keindahan kepada dunia dan merupakan nikmat utama yang diciptakan oleh allah di dalam alam yang fana ini.Bidadari pula merupakan nikmat kedua terbesar di dalam syurga selepas melihat wajah allah yang memiliki kecantikan yang amat luar biasa.
Apabila digambarkan kecantikan bidadari , melonjak semangat kaum lelaki untuk masuk ke syurga. Air peluhnya pun mengalahkan perfume yang paling wangi di dunia ini. Sebutlah apa sahaja yang diimpikan oleh lelaki tentang wanita, sebutlah apa sahaja kecantikan yang ingin dimiliki oleh seorang wanita,semua yang dimiliki oleh bidadari lebih daripada itu. Pada diri mereka terhimpun semua pesona lahir dan batin iaitu akhlak dan wajah yang sempurna. Tidak cukup perbendaharaan bahasa untuk menggambarkannya dan tidak cukup kemampuan akal untuk membayangkannya kerana mata hati sahajalah yang mampu membayangkannya.
Bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. Bayangkan bidadari syurga sedang menunggu suami kita dengan penuh rindu dan setia. Bandingkan diri kita dengan bidadari , perbezaan langit dan bumi sekalipun bukan gambaran perbezaan antara kita dengan mereka. Di kala kaum Adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.
Wahai para wanita,ini khabar gembira untuk kamu semua!! kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari! Anda tidak silap membaca kenyataan ini…Kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. Maka bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah SAWW sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.
Ummu:“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”
Rasulullah:“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.
Ummu:“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”
Rasulullah:“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka(wanita solehah) berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
Ummu:“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
Rasulullah:“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan iaitu dunia dan akhirat.”
Maha Adil dan sayangnya Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga.Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan mereka di taraf tersebut. Bayangkanlah dengan solat,puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari,malah lebih utama daripada mereka.SUBHANALLAH!!
Kepatuhan yang dipersembahkan kepada allah,walaupun diuji seribu cabaran dan dugaan membuktikan kita sudah menemui jalan kebenarannya.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.
Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa.Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghiasi diri.
SEMUANYA BERMULA DARI DUNIA INI...
ALLAH BERIKAN WANITA PELUANG UNTUK MEREKA TANDINGI BIDADARI...
TERPULANGLAH KEPADA DIRI MEREKA UNTUK MEREBUTNYA...
SAHUTLAH CABARAN TUHANMU WAHAI WANITA...
TANDINGILAH BIDADARINYA!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar